KECENDERUNGAN TERHADAP AUTONOMI KEBEBASAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KEHADIRAN KE SEKOLAH WALTER BIN MARIUS ABSTRAK Kecenderugan terhadap auntonomi kebebasan adalah sikap paling dominan dalam diri pelajar yang membentuk tingkah laku ponteng sekolah yang semakin meningkat dan menjejaskan kehadiran ke sekolah. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar, malah turut memberi kesan kepada pihak sekolah dan komuniti setempat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang membentuk kecenderungan terhadap autonomi kebebasan dan implikasinya terhadap kehadiran sekolah dalam kalangan remaja di Sekolah Menengah Kemabong, Tenom Sabah. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Empat orang informan telah dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. Semua informan yang terlibat dalam kajian ini mempunyai rekod ponteng sekolah yang telah dikenal pasti oleh pentadbiran sekolah...
This blog will share more about motivation and great experience