Counselor To Be
"Menjadi seorang hebat bukanlah mudah namun hakikatnya tidak ada perkara yang mustahil dalam kehidupan"
Ungkapan ayat di atas antara inspirai terbesar yang lahir dalam diri seseorang yang bernama Cr. Walter Marius sebagai kaunselor Sepenuh Masa di SMK Kemabong Tenom. Kejayaan memperolehi anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2024 merupakan antara kejayaan manis yang tidak terlupakan. Kejayaan ini membuatkan niat untuk menceritakan apakah yang telah dilakukan dan sumbangan kepada pihak sekolah, PPD, JPN mahupun KPM.
Sebagai seorang kaunselor perkara utama kena ingat ialah " Bersedia membantu individu yang memerlukan bimbingan". Di sekolah anda kena buat sesuatu yang memberi manfaat kepada pelajar dan sekolah seperti program intervensi, program khusus dan program berkeperluan. Antara motivasi yang boleh saya kongsikan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1. Menyapa dan rajin mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah di pintu utama setiap pagi ataupun 3 kali dalam seminggu.
Kalau dilihat dari segi tugas kaunselor memang tidak masuk akal, kerja gila dan mungkin nampak pelik sebab selalu berada di pintu gerbang sekolah bersama pelajar. Namun saya mengambil kesempatan masa tersebut bermula jam 6.40 am hingga 7.15 pagi bersama dengan pelajar. Apa yang saya lakukan ialah memberi motivasi, memberi kata sapaan, kata positif dan bertanya khabar secara rawak. Kaedah ini membuatkan saya lebih mendekati jiwa pelajar, lebih senang berkenalan dan mematangkan rapport untuk kebaikan di masa akan datang. Hasilnya saya menerima ramai pelajar sukarela datang mendapatkan khidmat kaunseling. Pelajar semakin kenal dan selesa dengan kita sepanjang berada di sekolah. Selain itu saya juga dapat mengumpul seberapa maklumat penting seperti isu disiplin, isu peribadi, isu akdemik dan pelbagai isu sosial, sebabnya pagi-pagi buta pelajar masih segar dan mampu memberi maklumat apabila kita bertanya.
2. Bina hubungan baik dengan pengawal keselamatan sekolah termasuklah semua guru dan staff di sekolah.
Kenapa saya suka bergaul dengan pengawal keselamatan?
- Mereka lebih tahu keadaan sekolah 24 jam berjaga.
- Mereka memerhati dan melihat tingkah laku pelajar yang melalui pintu masuk dan keluar sekolah.
- Mereka adalah wakil ibubapa di sekolah.
- Mereka lebih tahu banyak cerita berkenaan isu murid dan ibubapa berbanding dengan guru
- Jujur dan memberi maklumat yang betul.
Sebab itu saya gemar bercerita dengan jaga atau Pengawal keselamatan sekolah pada waktu pagi ketika meyantuni ketibaan pelajar ke sekolah.
3. Tugas hakiki perlu diutamakan di sekolah.
Setiap orang ada keinginan atau impian namun perkara utama ialah pastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan barulah kategori hebat dan berbakti pada sekolah. Fokus kepada murid bukan aktif di luar banyak sumbangan tapi tugas hakiki tidak berkesan.
4. Melakukan penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Kadang kala perkhidmatan yang kita buat tidak memberi kesan kepada pelajar, sebab kenapa? Ramai guru persoalkan keberkesanan bimbingan dan kaunseling di sekolah semenjak akhir-akhir ini. Kita tahu kaunselor bukan malaikat atau sekali buat berubah segalanya. Akan tetapi setiap orang akan berubah jadi jangan risau atau jangan sedih seandainya klien masih tidak berubah setelah menjalani sesi kaunseling. Saya buat sesi dengan pelajar sehingga 7 sesi ke atas malah hingga akhir tahun. Walaupun menanti lama untuk kita dapatkan perubahan klien tetap sabar dan saya teruskan bimbingan sesi sampai tahun berikutnya klien berubah segalanya dari tidak datang ke sekolah kini datang sekolah. Ini menunjukkan apa yang saya lakukan berkesan dan atas kesabaran diri sendiri membawa sesuatu yang istimewa untuk pelajar.
5. Kaunseling berfokus perlu dilaksanakan.
Wajib setiap kaunselor seharusnya melaksanakan kaunseling berfokus di sekolah. Program ceramah umum atau perkongsian secara beramai ramai memungkinkan bahawa bukan semua pelajar dapat apa yang disampaikan. Sebaliknya kaunselor kena kreatif dan bijak mengatur perkhidmatan secara berfokus. Contohnya intervensi khusus untuk yang berkecenderungan untuk ponteng sekolah.
Kredit: SMK Kemabong Tenom, PPD Tenom, MGK Tenom
Comments
Post a Comment