Skip to main content

PELUANG MELANJUTKAN PENDIDIKAN KERJAY DI KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU

Jom kenali Kolej Vokasional Lahad Datu
Apa yang anda perlu ketahui tentang  Kolej Vokasional Lahad Datu? Jom tengok video yang saya paparkan di bawah melalui youtube.




                  

Segelintir masyarakat masih kurang memahami tentang hala tuju pendidikan kerjaya Kolej vokasional, apatah lagi tentang visi dan misi Kolej Vokasional Lahad Datu. Disini beberapa perkongsian yang saya kongsikan pada anda untuk membantu memahami apakah sebenarnya kelebihan dan jaminan untuk anda belajar di Kolej Vokasional Lahad Datu.  Namun perkongsian ini, bukanlah jaminan untuk semua pelajar terus berjaya atau dapat pekerjaan, tetapi  bertujuan memberi bimbingan dan keyakinan serta panduan rujukan kepada semua pelajar agar mereka bermotivasi mencapai apa yang diimpikan. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan perbezaan apabila anda memasuki Kolej Vokasional Lahad Datu.


1. Tiada yuran pengajian 

Seperti yang dimaklumkan oleh Badan Pendidikan Latihan  Teknik dan  Vokasional (BPLTV)  di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  telahpun bersetuju untuk membantu para Pelajar yang ingin menyambung atau meneruskan pengajian di mana-mana Kolej Vokasional di seluruh Malaysia. Ini kerana dasar KPM yang sememangnya berhasrat menububuhkan kolej vokasional bagi agenda penting iaitu melahirkan ramai tenaga pekerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional. Justeru itu, bantuan kewangan dalam bentuk Dana pembangunan dan pembiayaan kos pengajian dab duit PCG disalurkan di setiap koleh mengikut keperluan program yang ditawarkan.  Peluang ini sebenarnya jarang diperolehi oleh mana-mana pelajar malah niat pihak kerajaan untuk membantu Pelajar yang berminat dalam bidang tenikal dan vokasional. Oleh yang demikian besarlah harapan saya, untuk menjemput semua orang untuk mempelawa anak-anak dan bersama-sama mempromosikan pengajian kolej vokasional di luar sana. Yuran pengajian di tanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan, yuran asrama tidak ada dan makan minum adalah percuma.


2. Peluang Pekerjaan sangat luas

Berdasarkan objektif dan matlamat kolej vokasional, khususnya KVLD adalah melahirkan ramai pekerja tenaga mahir dan separuh mahir serta menyediakan pekerja yang memenuhi keperluan industri untuk bidang pertanian. Kita tahu negara Malaysia sendiri mahukan bidang pertanian menjadi salah satu aspek ekonomi yang membantu menyumbangkan pendapatan negara, malah menjadikan sebuah negara pertanian. Untuk Negeri Sabah sendiri, pertanian bidang adalah sebahagian daripada pembangunan ekonomi yang sangat digalakkan, sebab itu sektor pekerjaan dalam bidang pertanian sangat luas dan laku di pasaran kerja. Faktor lain adalah kita masih menerima ramai pekerja asing atau tenaga pekerja daripada luar negara seperti Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Filipina, mengira dari aspek peluang pekerjaan sememangnya tidak lagi bergantung terhadap pekerja asing kerana negara Malaysia mampu menyediakan tenaga pekerja mahir yang diperlukan dalam bidang teknikal dan pertanian. Oleh yang demikian para pelajar di luar sana rebutlah peluang keemasan ini, jangan sia-siakan rezeki yang ada kerana apabila anda tidak mengambil peluang maka orang lain pula yang beruntung.


3. Tertumpu pada kemahiran pertanian sahaja

Sebanyak 84 Kolej Vokasional di seluruh Malaysia dan hanya 4 Kolej sahaja yang menawarkan kursus atau program dalamm bidang pertanian iaitu, Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), Kolej Vokasional Pasir Puteh( (KVPP), Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan (KVTI) dan Kolej Vokasional Pertanian Chenor (KVPC). (sumber: https://www.upuonline.com/kursus-kolej-vokasional.jsp)

Keempat-empat kolej ini menawarkan semua kursus hanya dalam bidang pertanian sepenuhnya, dan bercakap tentang fokus bidang pertanian ini, saya akan mengambil contoh daripada Kolej Vokasional Lahad Datu. Kolej Vokasional Lahad Datu menumpukan sepenuhnya kursus dalam bidang pertanian sahaja iaitu beberapa kursus yang di tawarkan seperti berikut:

 Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ternakan Ruminan
Agroindustri Ternakan Poltri
Akuakultur (Ternakan ikan air tawar)
Seni Bina Landskap
Sistem Komputer dan Rangkaian
Perakaunan
Pemprosesan Hasil Makanan
Mekanisasi Agro
Sistem pembelajaran dan pengajaran adalah berbea dengan sekolah harian biasa dimana pelajar akan berada di ladang atau unit masing-masing untuk subjek Vokasional kemudian pelajar turut belajar subjek seperti BM, BI, Matematik, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, Science dan Sejarah. Sepanjang pembelajaran pelajar akan didedahkan sepenuhnya dengan ilmu kemahiran iaitu ' Hands on". Jadi tidak ada masalah bagi mereka yang sungguh berminat memasuki bidang pertanian kerana disinilah laluan yang sebenar untuk anda mencapai cita-cita bekerja di bidang pertanian di masa hadapan.

4. Negeri Sabah melonjak ke arah pertanian pada masa hadapan

Tidak salah kalau impian sebuah negeri menjadi pengerluar terbesar hasil pertanian akan datang kerana ianya sangat menguntungkan, sebenarnya ramai yang tidak sedar akan potensi negeri Sabah untuk menjadi pengeluar utama atau pengeksport hasil pertanian adalah terbukti. Buktinya ialah sebanyak-banyak negeri di Malaysia, Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia (sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Sabah). Kalau dibandingkan dengan semua negeri di Malaysia, Sabah merupakan negeri kedua paling besar dan kaya dengan sumber-sumber semula jadi hutan, kemudian sebanyak 60 peratus daripada tanah di Sabah dilipui dengan hutan rimba manakala kawasan pertanian merangkumi 30 peratus. Sabah sendiri mempunyai sumber perhutanan dan pertanian yang menyumbang utama kepada pendapatan negeri Sabah sendiri. Daripada semua ini hampir 1/7 adalah sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pertanian sahaja belum termasuk aktiviti perikanan dan lain-lain, disamping itu di Sabah sendiri masih banyak kawasan yang berpotensi untuk menjadi hub pertanian akan datang. Jadi inilah bukti negeri Sabah sangat berpotensi besar untuk mengembangkan ekonomi pertanian pada masa akan datang dan ini adalah tugas dan tanggungjawab anda di luar sana untuk memikul usaha untuk belajar iaitu sambung pengajian di bidang pertanian untuk bersedia membawa negeri Sabah melonjak ke arah era Pertanian yang maju.

 5. Mengelurkan sumber tenaga kemahiran dalam industri pertanian

Kolej Vokasional Lahad Datu sememangnya mahu melahirkan ramai graduan yang berkemahiran dalam bidang pertanian. Kelebihan ini sebenarnya sangat mengalakkan ibubapa yang mempunyai perusahaan tanah sendiri, ladang sendiri atau perniagaan agar menyeru anak-anak mereka sambung pengajian di Kolej Vokasional Lahad Datu. Kita tahu ramai di kalangan penduduk tempatan khususnya di pedalaman daerah Tambunan, Ranau, Keningau, Telupid, Lahad Datu dan Sandakan termasuklah Kota Belud dan Kota Marudu yang banyak mengusahakan perladangan sendiri. Namun mereka perlu sedar yang mereka perlu ada latihan khusus dalam perladangan atau asas dalam menguruskan perusahaan sendiri, sebab itu ibubapa harus mengalakkan anak-anak mereka untuk menyambung pengajian di Kolej Vokasional Lahad Datu. Di sini kami menawarkan sepenuhnya kursus pertanian dalam usaha membantu melahirkan individu yang mahir dan seterusnya dapat menyumbangkan peningkatkan ekonomi setempat mahupun pendapatan keluarga sendiri.


6. Laluan mudah untuk menjadi usahawan

Menjadi usahawan bukanlah senang pada zaman sekarang kerana terlalu banyak persaingan, hampir setiap orang mahu berlumba-lumba khususnya bagi yang memiliki tanah besar untuk menjadi usahawan berjaya. Dari aspek prospek kerjaya, Kolej Vokasional Lahad Datu sememangnya mahu melahirkan ramai ushawan yang berjaya dan mampu bersaing dengan orang lain. Apa yang membantu mereka adalah penawaran kursus yang sangat bersesuaian dengan bakat dan minat seseorang terhadap bidang pertanian, mungkin dari kecil minat pertanian dan mahu menguruskan ladang sendiri, jadi mengambil peluang belajar di Kolej ini merupakan jalan yang terbaik bagi merealisasikan impian. Usahawan tidak perlu belajar sampai Degree atau Master tetapi cukup dengan ilmu dan pengalaman maka tidak ada masalah untuk melakukan perusahaan sendiri. Kita jangan berlagak sombong dengan apa yang kita miliki atau apa yang dimiliki oleh keluarga kita kalau tidak mengambil peluang untuk mempelajari bidang yang sebenar. Setiap orang boleh jadi usahawan namun laluan selepas tamat pengajian di Kolej ini, tidak ada masalah untuk memulakan langkah sebagai usahawan. Oleh yang demikian ambil peluang untuk belajar dan janganlah kita mudah putus asa walaupun pelbagai cabaran namun menjadi sebagai ushawan adalah satu kebanggaan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

7. Kursus yang ditawarkan adalah releven dan memenuhi kehendak industri.

Adalah satu kebanggaan kepada seluruh lapisan masyarakat bahawa lepasan graduan atau pelajar daripada Kolej Vokasional Lahad Datu menjadi rebutan oleh banyak pihak industri pertanian. Khusunya untuk sektor perladangan dan industri kecil sederhana termasuklah perniagaan dan khidmat buisness pelbagai ditawarkan. Semenjak kewujudan Kolej Vokasional Lahad Datu, bermula tahun 2013 ramai sudahpun graduan atau pelajar yang telah berjaya menempatkan diri di pelbagai industri tempatan mahupun peringkat kebangsaan dan luar negara. Mereka sangat beruntung kerana kemahiran yang dipelajari benar-benar memenuhi tuntutan dan keperluan oleh pihak industri, malah ada yang terus diserap oleh pihak majikan ketika mereka masih dalam on job training (OJT). Selain itu objektif pendidikan TVET sebenarnya befokus kepada melahirkan individu yang mampu menyumbangkan tenaga mahir kepada majikan yang bakal mereka tempuhi. Pihak Kolej Vokasional Lahad Datu juga sentiasa memperbaharui dan memperkembangkan tahap pendidikan dengan menilai keperluan dan juga tuntutan pekerja oleh pihak industri. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kolej seperti kerjasama dengan pihak industri, lawatan dan menjalinkan kerjasama dalam usaha memberi peluang kepada pelajar menyumbang kemahiran yang dipelajari untuk industri berkenaan. (Sumber: Pengurusan dan Pentadbiran Kolej Vokasional Lahad Datu)


8. Peluang untuk mendapatkan tiga sijil iaitu SIjil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Vokasional Lahad Datu (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Berbeza dengan sekolah menengah harian biasa dan juga intitusi lain, Kolej Vokasional Lahad Datu merupakan satu-satunya kolej pertanian yang menawarkan tiga sijil iaitu Sijil  Kemahiran Malaysia untuk Tingkatan 4 dan 5, kemudian Sijil Vokasional Malaysia selama dua tahun dan Diploma Vokasional Malaysia selama dua tahun. Ianya percuma dan yuran pengajian adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, melihat kepada kelebihan Kolej ini kita dapat tahu bahawa ramai di kalangan ibubapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka belajar jauh dari rumah malah segelintir masyarakat mempunyai persepsi terhadap masalah bajet untuk menghantar anak-anak mereka ke intitusi lain. Namun Kolej Vokasional Lahad Datu sentiasa membantu masyarakat dengan mengutamakan mereka yang berminat memasuki pengajian dalam bidang pertanian, berikut merupakan hala tuju setiap sijil yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Lahad Datu.

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
Selama dua Tahun (Tingkatan 4 dan 5)
Mengambil subjek SPM
Mendapat sekurang-kurangnnya SKM Tahap 3
Lepas tamat belajar boleh terus kerja
Kursus Penyelia Tanaman dan Akuakultur
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
Pengajian selama 2 tahun
4 semester
Boleh sambung pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia sekirannya mencapai PNGK
Lepas habis SVM boleh bekerja di mana-mana industri
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kuliah untuk subjek teras / SPM disediakan
Kaedah penilaian melalui Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Amali (PA)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
Pengajian selama 2 tahun
Boleh sambung belajar di peringkat Degree
Boleh mohon kerja di bawah agensi kerajaan dan swasta
Jadi inilah kelebihan yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Lahad Datu, kalau difikirkan dimana ada kolej atau intitusi yang menawarkan sekaligus 3 sijil dalam tempoh 4 tahun, namun hasrat Badan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) iaitu membantu melahirkan pekerja tenaga mahir yang hebat dan memenuhi piawaiaan keperluan pihak industri.


9. Kemudahan asrama disediakan

Kemudahan asrama juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan penginapan, semua pelajar yang tinggal jauh daripada Kolej Vokasional Lahad Datu akan diberi peluang untuk tinggal di asrama malahan setiap tahun semua pelajar kemasukan baharu akan ditempatkan di asrama bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Kalau sebelum ini ramai pelajar yang terpaksa naik bus berulang-alik setiap hari hanya untuk ke sekolah maka pihak pengurusan Kolej telah pun memastikan tidak ada pelajar yang akan rasa terbeban dengan perbelanjaan harian apabila menaiki bus awam. Untuk kemudahan asrama ini pihak pengurusan kolej kediaman telahpun menyediakan semua keperluan asas seperti Bilik Prep, Bilik Mandi, Tilam, Kerusi, Meja dan banyak lagi, disamping itu tidak ada yuran apabila anda menginap di asrama  termasuklah makan secara percuma.


10. Sesi pembelajaran lebih kepada praktikal (hand's on) 100 peratus memastikan pelajar jadi mahir.


Inilah perbezaan utama Kolej Vokasional Lahad Datu dengan sekolah menengah aliran biasa atau perdana, apabila anda sambung pengajian di Kolej ini tiada lain tujuannya ialah memastikan setiap orang berkemahiran, jadi di sini setiap pelajar akan didedahkan sepenuhnya dengan aktiviti praktikal. Sebab itu bagi mereka yang berminat dalam bidang pertanian, saya rasa Kolej ini adalah yang terbaik untuk kembangkan, mempelajari dan seterusnya memastikan bila anda keluar dari Kolej ini mempunyai ilmu kemahiran yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi memenuhi tuntutan pihak industri. Dari aspek lain pula, pelajar kena faham bahawa kursus yang dipilih sememangnya menyediakan latihan dan juga penilaian di ladang atau unit, oleh sebab itu individu yang berminat bidang kemahiran pertanian sudah tentu tidak akan menolak ataupun mereka tentu seronok dan suka untuk buat amali di ladang yang sebenar. Kesemua ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pelajar kita menjadi rebutan oleh pihak industri akan datang , setakat ini ramai pihak industri berpuas hati dengan kualiti graduan yang dihasilkan oleh Kolej Vokasional Lahad Datu.

11. Satu-satunya kolej vokasional yang menawarkan kursus pertanian di bumi Borneo

Kolej Vokasional Lahad Datu sememangnya ditubuhkan di daerah Lahad Datu Sabab atas faktor geografi, dimana kawasan ini mempunyai perindustrian yang pesat dan juga menyumbang kepada kawasan ladang besar di Sabah untuk sawit sahaja, keadaan ini memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa perkembangan pesat bidang pertanian termasuklah bakal menjadi bandar perindustrian menjadi tunjang utama kepada kolej ini untuk terus berdiri dan menerima ramai pelajar daripada daerah berdekatan. Sabah hanya ada satu kolej vokasional pertanian dan di bumi borneo memang hanya di Lahad Datu sahaja, jadi inilah peluang kepada seluruh penduduk setempat khusunya rakyat negeri Sabah untuk melanjutkan pengajian di Kolej ini. Bukan berniat menghalang untuk belajar di semenanjung tetapi jalan terbaik bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan pengajian kalau menyambung pengajian di Kolej ini kerana tidak perlu pergi jauh daripada kampung sendiri. 
Tempat yang strategik
Tidak perlu buang duit banyak
Dekat dengan rumah anda
Peluang pekerjaan daripada pelbagai industri banyak 

12. Penekanan terhadap kemahiran insaniah semasa  menjalani pdpc

Saya ada nyatakan bahawa Kolej Vokasional Lahad Datu sepenuhnya kemahiran, akan tetapi di sudut yang lain sebenarnya banyak lagi aspek yang ditekankan, pihak kami masih mengutamakan 5 elemen seperti dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu jasamnai, emosi, rohani, intelak dan sosial. Kemahiran insaniah turut diterapkan bagi membantu pelajar dapat menguasai segala kemahiran insaniah yang diperlukan sebelum berkerja atau menjalani on job training dan berikut merupakan antara kemahiran insaniah yang mahu diterapkan dalam diri pelajar.
Kemahiran komunikasi
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran membuat keputusan
Kepimpinan
Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran keusahawanan
Etika dan moral profesional
Pemikiran kreatif dan inovatif
Kemahiran insaniah inilah sebenarnya core kepada kemenjadian seseorang pelajar dimana mereka bukan sahaja dilatih di ladang akan tetapi pembangunan kendiri dan sahsiah dibentuk dengan menerapkan nilai insaniah dalam diri mereka, kelebihan yang akan mereka alami ialah tidak ada masalah untuk berhadapan dengan pihak majikan serta boleh beradaptasi dengan budaya pekerjaan kemudian mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik sehingga akhirnya memberi ganjaran pada diri sendiri.


 13. Cenderung kepada kemahiran pertanian boleh apply sambung belajar di Kolej Vokasional Lahad Datu.

Bagi anda di luar sana, jangan tunggu lama? Kalau dahulu anda selalu berangan-angan untuk menjadi usahawan berjaya atau mahu menguruskan ladang maka di kolej ini antara yang sesuai untuk anda tingkatkan latihan dan juga ilmu. Pelajar yang ingin memasuki kolej vokasional Lahad Datu dan mahu mengambil kursus dalam bidang pertanian, biasanya mempunyai beberapa ciri-ciri antaranya ialah:

Minat kemahiran pertanian
Suka berkerja dengan haiwan atau tumbuhan
Kurang bernasib baik untuk kelas akademik sepenuhnya
Suka berkebun atau minat berniaga dan mempunyai perusahaan sediri
Pencapaian prestasi baik dalam bidang kemahiran
Faktor keluarga 
Jaminan pekerjaan yang cepat
Berminat untuk menjadi usahawan

Jadi inilah antara ciri-ciri individu yang berminat dalam bidang kemahiran pertanian. Kepada semua pelajar di luar sana kami sentiasa menunggu anda di sini dan apa yang pasti kami akan melatih anda untuk mencapai impaian anda suatu hari nanti.


Credit: Kolej Vokasional Lahad Datu, Badan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional

By; Walter Marius

Comments

Popular posts from this blog

NOTHING IS IMPOSIBLE TO DREAM HIGH

Counselor To Be "Menjadi seorang hebat bukanlah mudah namun hakikatnya tidak ada perkara yang mustahil dalam kehidupan" Ungkapan ayat di atas antara inspirai terbesar yang lahir dalam diri seseorang yang bernama Cr. Walter Marius sebagai kaunselor Sepenuh Masa di SMK Kemabong Tenom. Kejayaan memperolehi anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2024 merupakan antara kejayaan manis yang tidak terlupakan. Kejayaan ini membuatkan niat untuk menceritakan apakah yang telah dilakukan dan sumbangan kepada pihak sekolah, PPD, JPN mahupun KPM. Sebagai seorang kaunselor perkara utama kena ingat ialah " Bersedia membantu individu yang memerlukan bimbingan". Di sekolah anda kena buat sesuatu yang memberi manfaat kepada pelajar dan sekolah seperti program intervensi, program khusus dan program berkeperluan. Antara motivasi yang boleh saya kongsikan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling. 1. Meny...

JOM KENALI TVET DAN SISTEM PENGAJIAN KOLEJ VOKASIONAL

1. Adakah SVM setara dengan mana-mana kelayakan. Contohnya Sijil (Tahap 3 MQF)? MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut: Kepujian Bahasa Melayu 1104; PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan Kompeten semua modul vokasional. Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM. Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF). 2. Adakah kelayakan SVM hanya layak ke DVM sahaja? Tidak. Kelayakan SVM boleh digunakan ke mana-mana program Diploma (Tahap 4 MQF) tertakluk kepada kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut: Kepujian Bahasa Melayu 1104; PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan Kompeten semua modul vokasional. Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM d...