1. Adakah SVM setara dengan mana-mana kelayakan. Contohnya Sijil (Tahap 3 MQF)?
MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:
Kepujian Bahasa Melayu 1104;
PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
Kompeten semua modul vokasional.
Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.
Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).
2. Adakah kelayakan SVM hanya layak ke DVM sahaja?
Tidak. Kelayakan SVM boleh digunakan ke mana-mana program Diploma (Tahap 4 MQF) tertakluk kepada kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:
Kepujian Bahasa Melayu 1104;
PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
Kompeten semua modul vokasional.
Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.
Syarat kelayakan masuk ini juga perlu tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan dalam standard program dan badan profesional (sekiranya berkaitan).
3. Bagaimana pula dengan pelajar SVM yang tidak memenuhi syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya?
Pelajar berkenaan boleh mengguna pakai laluan pendidikan APEL untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat serta kriteria APEL yang ditetapkan. Contohnya, pelajar yang berumur 20 tahun dengan pengalaman boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke program Diploma.
4. Bagaimanakah dengan pelajar SVM yang cukup syarat kesetaraan dengan SPM 3 kredit untuk ke program Diploma (Tahap 4 MQF), namun tidak cukup syarat seperti yang ditetapkan dalam standard program tertentu (contohnya subjek tertentu yang tidak disetarakan oleh LPM dengan SPM)?
Kemasukan pelajar ke program Diploma tersebut tidak dapat dipertimbangkan. Oleh itu, disyorkan agar pelajar melanjutkan pengajian berdasarkan laluan DVM yang disediakan atau melanjutkan pengajian ke bidang lain yang tidak menetapkan keperluan subjek tertentu.
5. Apakah syarat serta ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (Sektor Pendidikan Tinggi) bagi kemasukan graduan DVM terus ke peringkat tinggi?
Lulusan DVM boleh menyambung pengajian ke pendidikan tinggi tertakluk kepada kelulusan Senat IPT masing-masing dengan mengambil kira penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berdasarkan syarat-syarat berikut:
Kepujian Bahasa Melayu 1104;
PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
Kompeten semua modul vokasional.
Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.
Syarat kelayakan masuk ini juga perlu tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan dalam standard program dan badan profesional (sekiranya berkaitan).
6. Adakah pelajar DVM layak mendapat pemindahan kredit ke peringkat seterusnya?
Pelajar DVM layak untuk dipertimbangkan pemindahan kredit pada peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) tertakluk kepada ketetapan syarat umum pindah kredit MQA dan ketetapan khusus pindah kredit institusi penerima.
7. Pelajar lepasan DVM yang ingin melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda (Tahap 6 MQF), adakah mereka perlu menyertakan Slip Keputusan Sejarah 1251 bagi mengesahkan yang mereka telah Lulus mata pelajaran Sejarah SPM?
Ya, pelajar kohort 2013-2016 perlu mengemukakan slip keputusan Sejarah 1251 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebagai bukti bahawa pelajar telah lulus mata pelajaran terbabit.
8. Adakah pelajar lepasan DVM boleh melanjutkan pengajian ke program peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF)?
Pelajar lepasan DVM dengan pengalaman kerja, boleh melanjutkan pengajian ke program peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF) dengan menggunakan laluan APEL, tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat dan kriteria APEL yang ditetapkan
9. Adakah pelajar lepasan SVM dan DVM boleh diterima bekerja?
Boleh. Walau bagaimanapun ia tertakluk dengan dasar semasa yang ditetapkan oleh pihak majikan yang berkaitan.
HALA TUJU PELAJAR SVM
2)KERJA SAMBILAN
Penting untuk melihat dan menguji kemampuan pengurusan diri serta sifat berdikari anak-anak.
Mempraktiskan kembali ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian diperingkat sekolah menengah umpama kata para hukama “ ilmu tak beramal seperti pokok tidak berbuah”.
Pengalaman bekerja juga boleh membantu anak-anak untuk meningkatkan kemahiran individu dan kemahiran sosial.
Pengalaman bekerja juga penting sebagai asas rujukan untuk permohonan semasa memohon pekerjaan sebenar.
Biarpun begitu, Ibubapa atau pelajar perlu juga mengambil kira tentang faktor pemilihan kerja antaranya
Lokasi tempat kerja.
Gaji.
Simpanan atau skim potongan gaji seperti KWSP.
Tempat tinggal anak-anak.
Keselamatan.
Persekitaran tempat kerja.
Pengalaman kerja tersebuat untuk jangka masa akan datang.
Pengalaman kerja tersebut mampu memotivasikan anak-anak serta meningkatkan jati diri dan minat anak-anak dalam bidang tersebut.
Terdapat beberapa bidang pekerjaan yang boleh anak-anak ceburi
Restoran makanan segera.
Butik pakaian.
Pusat beli belah/pasaraya besar.
Panggung wayang.
Kerja kilang.
Hotel.
Syarikat catering.
Agen dropship.
Ajen jualan produk.
Promoter ( pasaraya besar).
Jurujual.
Pembantu kedai runcit.
Kedai makan/restoran biasa.
NGO atau sukarelawan bencana.
3)MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK
Kursus jangka pendek yang ada sijil contoh kursus gunting rambut, menjahit, memasak, buat kek dan vokasional/mekanikal,elaktrikal dan lain-lain.
Kursus ini boleh didapati di agensi kerajaan seperti kolej komuniti, giat MARA, ILP,IKBN , ADTEC ( PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI)
Kursus kemahiran computer.
Klinik sukan
CREDIT:
https://www.gpsbestari.com/tip/kongsi-tip/13-saranan-terbaik-cikgu-syahid-untuk-pelajar-yang-sedang-tunggu-keputusan-spm-1.931870
MOE - TVET - KPM :https://www.moe.gov.my/en/tvet
By: Walter Marius
Comments
Post a Comment