KECENDERUNGAN TERHADAP
AUTONOMI KEBEBASAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KEHADIRAN KE SEKOLAH
WALTER BIN MARIUS
ABSTRAK
Kecenderugan terhadap
auntonomi kebebasan adalah sikap paling dominan dalam diri pelajar yang
membentuk tingkah laku ponteng sekolah yang semakin meningkat dan menjejaskan
kehadiran ke sekolah. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar, malah turut
memberi kesan kepada pihak sekolah dan komuniti setempat. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang membentuk kecenderungan
terhadap autonomi kebebasan dan implikasinya terhadap kehadiran sekolah dalam
kalangan remaja di Sekolah Menengah Kemabong, Tenom Sabah. Kajian yang
dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai
reka bentuk kajian. Empat orang informan telah dipilih dengan menggunakan
persampelan bertujuan. Semua informan yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
rekod ponteng sekolah yang telah dikenal pasti oleh pentadbiran sekolah. Kaedah
pengumpulan data adalah dengan menggunakan temu bual secara mendalam. Data yang
diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat lima faktor yang membentuk
kecenderungan sikap autonomi kebebasan iaitu sikap malas dan tiada minat untuk
belajar dan sikap tidak boleh ditegur. Selain itu, pengaruh rakan sebaya, ketagihan
gajet atau dikenali sebagai gejala nomofobia dan ibubapa memberi kebebasan
sepenuhnya di rumah. Oleh itu, program intervensi khusus perlu dilaksanakan
melibatkan intervensi bersama ibu bapa atau penjaga, kerjasama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), pemantapan sahsiah pelajar, jenis dendaan dan cara
teguran yang diberikan kepada pelajar. Akhir sekali, penyelidik berharap kajian
ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada sekolah, ibu bapa, dan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi ponteng sekolah dalam kalangan
remaja.
Kata Kunci: Kecenderungan, autonomi
kebebasan, implikasi ponteng sekolah, faktor pengaruhi dan kajian kualitatif.
PENGENALAN
Zaman remaja merupakan zaman yang unik sepanjang
kehidupan bagi setiap individu. Pada peringkat remaja, mereka ingin mendapatkan
kebebasan daripada ibu bapa dan ingin mencari identiti sendiri di mana zaman
remaja adalah tempoh berlakunya proses adaptasi dalam masyarakat selepas
mencapai akil baligh (Zainal & Sharani, 2004). Havinghust dalam Jantan dan
Razali (2004) menyatakan perkembangan fizikal remaja mempunyai dua peringkat
iaitu peringkat awal remaja antara umur 13 hingga 18 tahun. Manakala, peringkat
akhir remaja ialah antara umur 18 hingga 24 tahun. Oleh itu, pelajar di sekolah
menengah boleh dianggap sebagai permulaan remaja dan remaja yang telah mencecah
umur 20 tahun ke atas adalah golongan remaja akhir. Usia remaja lazimnya
dianggap sebagai tempoh kritikal dan sangat mencabar kepada remaja mahupun ibu
bapa (Rohayati, 2004). Hal ini kerana berlakunya banyak perubahan dalam diri
remaja dari segi fizikal, kognitif, emosi dan psikologikal.
Menurut
Muhammad Abdullah, Salim dan Arip (2018), ponteng adalah dianggap sebagai tidak
hadir ke sekolah tanpa mendapat kebenaran daripada pengetua atau guru besar.
Selain itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang sengaja tidak hadir ke
sekolah ataupun mereka yang tidak hadir ke kelas untuk menjalankan sesi
pembelajaran. Pelajar tidak hadir dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Masa yang sepatutnya diisikan dengan sesi pembelajaran di sekolah sebaliknya
dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di
kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Isu melanggar peraturan
sekolah sentiasa berlaku khususnya dalam kalangan remaja. Namun, ia perlu
diberi perhatian kerana ia boleh menjejaskan negara dangenerasi akan datang. Sekiranya
masalah ponteng sekolah tidak diambil serius, perkara ini akan menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah sosial di luar sekolah dan ia akan memberi kesan kepada
pelajar dari segi akademik, sahsiah dan psikologi mereka. Budaya ponteng
sekolah merupakan permulaan kepada pelajar untuk terlibat dengan aktiviti yang
tidak berfaedah seperti melepak, membuli, mencuri, merokok dan paling
membimbangkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah (Abdullah, Salim & Arip,
2018). Malah Makhsin dan Ilias (2004) menyatakan kes juvana yang melibatkan pelajar
sekolah berumur 18 tahun telah meningkat ke 3626 kes pada tahun 2000 berbanding
3077 kes pada tahun 1999. Oleh hal demikian, ibu bapa perlu memberikan
perhatian sepenuhnya kepada anak- anak agar mereka tidak terjebak dengan kes
ponteng sekolah dan gejala sosial yang lain.
Perkara
ini perlu diambil serius kerana ini adalah untuk kepentingan masa depan remaja
dan negara. Sekiranya, masalah ponteng sekolah ini dibiarkan, pelajar akan
terpengaruh dengan masalah negatif yang lain sepertimana yang dilaporkan oleh
Nurul Huda, (2017) di mana dalam operasi mencegah dan membanteras tingkah laku
ponteng sekolah yang dijalankan mendapati terdapat 15 orang pelajar yang
ponteng sekolah telah ditahan dan salah seorang daripada mereka telah didapati
positif dadah. Selain itu, terdapat juga kes merokok yang ditahan di beberapa
tempat yang menjadi sarang pelajar untuk ponteng sekolah. Tujuan utama dalam
operasi membenteras ponteng sekolah adalah untuk memastikan bahawa pelajar tidak
terlibat dengan masalah disiplin yang serius termasuklah kegiatan jenayah.
Pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku ponteng
sekolah Menurut Noor Mohamad Shakil (2017) berdasarkan kepada apayang telah
didedahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, sebanyak 402 buah sekolah iaitu
sekolah menengah dan sekolah rendah di negara ini dalam pemerhatian berkaitan
dengan isu disiplin pelajar yang perlu diambil serius. Hasil daripada jumlah
sekolah tersebut, sebanyak 311 buah sekolah telah berhadapan dengan masalah
disiplin pelajar. Manakala 91 buah sekolah lagi, adalah berpotensi cenderung
untuk menghadapi masalah disipilin dan sekolah ini juga dalam kategori
pemantauan. Merujuk kepada statistik, salah laku disiplin pelajar sekolah pada
tahun 2016, jumlah pelajar adalah seramai 111,895 orang yang terdiri daripada
sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 16,849 orang adalah pelajar
sekolah rendah dan 95,046 adalah pelajar sekolah menengah. Kesemua pelajar ini adalah
terlibat dengan masalah tingkah laku disiplin dan ponteng sekolah merupakan isu
yang utama dalam masalah disiplin pelajar.
SOROTAN LITERATUR
Masalah ponteng sekolah bukan saja memberi kesan
terhadap keciciran dalam pelajaran malah lebih teruk lagi apabila pelajar yang
ponteng sekolah turut terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan
dadah, vandalisme, gangsterisme, meminum minuman keras, seks bebas, perjudian
dan melepak (Nosiah, 2014). Implikasi besar yang wujud akibat daripada masalah
ponteng sekolah ini telah menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaporkan sebagai salah laku disiplin paling serius. Rekod KPM pada tahun 2009
menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan terlibat dalam tingkah laku
ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun 2008. Malah
KPM turut mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh
juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin. Mengikut
Mook (2009), terdapat 10 salah laku yang berlaku di sekolah dan kekerapan tertinggi
mengikut urutan adalah ponteng sekolah, mengancam pelajar sekolah, mencuri,
berkasar dengan pelajar sekolah, berbahasa kesat, lewat datang ke sekolah atau
masuk kelas lewat, membuat bising dan mengganggu pengajaran, merosakkan harta
benda sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum dan ponteng kelas.
Hasil
kajian terdahulu membincangkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
kepada berlakunya masalah tingkah laku ponteng sekolah dalam kalangan remaja.
Merujuk kajian Ting Len dan Muhamad Sidek (2007), masalah ponteng sering
dikaitkan dengan faktor ibu bapa, pengajaran guru, interaksi guru dan pelajar
yang kurang rapat, bilik darjah yang tidak kondusif, pengaruh negatif dari
persekitaran serta komposisi pelajar yang terlalu ramai dalam kelas. Selain
itu, kajian oleh Ainonmadiah et al. (2016) menunjukkan gaya pengajaran guru di
dalam kelas merupakan komponen penting yang memastikan wujudnya minat untuk
belajar dalam kalangan pelajar. Ada kajian yang membuktikan bahawa permasalahan
akhlak seperti masalah ponteng sekolah yang wujud dalam kalangan pelajar
dikaitkan dengan keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Oleh itu, guru perlu
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat pelajar
untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang berlangsung. Hal ini kerana, suasana
dan teknik pengajaran juga mempengaruhi minat pelajar untuk hadir ke sekolah.
Selain
itu juga, persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses
pembandaran seperti pembinaan pusat membeli belah dan pusat hiburan yang hampir
dengan sekolah menjadi faktor penarik kepada masalah ponteng sekolah. Manakala
faktor persekitaran dalam sekolah seperti gaya kepimpinan pengetua, pendekatan
guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif turut menjadi faktor
penggalak kepada masalah ponteng dalam kalangan pelajar (Tan, 2006). Oleh itu,
suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru,
kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin
yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan masalah salah
laku ponteng sekolah dalam kalangan pelajar (Husein & Kamaruddin, 1993). Walau
bagaimanapun, kajian oleh Norsiah (2014) turut melihat faktor-faktor lain yang
menyebabkan pelajar ponteng sekolah seperti sikap pelajar, rakan sebaya,
keluarga, suasana sekolah, guru, persekitaran serta kemahiran pengurusan
disiplin pelajar. Menurut Muhammed Sharif Mustaffa et. al. (2012) punca utama
berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah faktor rakan
sebaya kemudian diikuti oleh punca lain seperti faktor hubungan keluarga,
faktor diri, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah.
Manakala
kajian oleh Zhang, Katsiyannis, Barrett dan Wilson (2007) menyatakan faktor
ponteng sekolah dibahagikan kepada empat major kategori iaitu faktor keluarga,
faktor sekolah, pengaruh ekonomi dan faktor pelajar itu sendiri. Begitu juga
dengan kajian oleh Abdullah, Salim dan Arip (2018) ke atas 200 orang pelajar
sekolah menegah di Felda Pahang mendapati faktor utama yang mempengaruhi
pelajar terlibat dalam tingkah laku ponteng sekolah adalah pengaruh rakan
sebaya diikuti faktor sosio-ekonomi keluarga, faktor guru dan faktor diri
pelajar itu sendiri. Oleh itu, berdasarkan kajian terdahulu faktor yang
mempengaruhi tingkah laku ponteng sekolah dijalankan menggunakan kaedah
kuantitatif. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi meneroka
faktor sebenar remaja terlibat dalam tingkah laku ponteng sekolah.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian
kualitatif yang menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Menurut Siti
Uzairiah (2017), penyelidikan kualitatif adalah cenderung untuk menghasilkan
data yang Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 55 kaya dengan
informasi tetapi kompleks kerana ia perlu ditafsir menurut pemahaman dari teori
(kajian literatur) yang dibuat oleh penyelidik pada awal kajian. Ia memberi
penumpuan kepada pemahaman dan penerangan yang jelas serta mendalam ke atas
sesuatu isu yang dikaji dan bukan berdasarkan ukuran atau pengiraan. Manakala
menurut Norizan (2016), reka bentuk kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat
secara Sistematik serta mendalam tentang tingkah laku individu (dalam kajian
ini merujuk kepada pelajar ponteng sekolah), peristiwa khusus atau keadaan sosial
untuk mengetahui bagaimana tingkah laku atau perubahan sosial berlaku.
Pemilihan informan adalah berdasarkan persampelan bertujuan dan teknik pengumpulan
data yang digunakan adalah temu bual mendalam melalui sesi kaunseling yang
dijalankan secara bersemuka dengan 4 orang pelajar yang terlibat dengan masalah
ponteng sekolah dan responden dipilih berdasarkan kriteria inklusif seperti
mana yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu pelajar berusia 13 tahun.
Berdasarkan analisis jadual kedatangan ke sekolah informan pertama pernah
melakukan ponteng sekolah sebanyak 48 kali, pernah diberi surat amaran ketiga
sebanyak tiga kali dan digantung sekolah 3 kali. Informan kedua pernah
melakukan ponteng sekolah sebanyak 22 kali dan surat amaran kedua telah
dikeluarkan atas kesalahan ponteng sekolah berkala. Informan ketiga pernah
melakukan ponteng sekolah lebih dari 20 hari dan mendapat surat amaran kedua.
Informan ketiga pernah melakukan ponteng sekolah sebanyak 20 kali dan mendapat
surat amaran kedua manakala informan ketiga peranh tidak datang sekolah lebih
dari 20 hari dan mendapat surat amaran kedua. Semua informan bukan pelajar OKU,
pelajar dari sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong, Tenom Sabah sahaja dan pelajar merupakan
warganegara Malaysia.
Dalam
proses pengumpulan data, penyelidik telah menggunakan panduan soalan semi
struktur. Antara soalan yang dikemukakan mejurus kepada persoalan kajian iaitu
keinginan yang tinggi terhadap kebebasan dan autonomi dalam membuat keputusan
sendiri yang menyebabkan klien cenderung untuk tidak hadir ke sekolah. Pengkaji
turut merujuk kepada sorotan literatur dalam membina soalan terbuka dan soalan
tambahan (prompt question). Walau bagaimanapun kesemua soalan yang dibina
adalah sebagai panduan soalan sahaja kepada pengkaji. Sebaliknya ketika temu
bual dijalankan, pengkaji turut mengemukakan soalan-soalan spontan yang terbit
dari jawapan yang diberikan oleh informan bagi mendapatkan data yang kaya dan
mendalam. Di awal proses pengumpulan data sehingga selesai penyelidik telah
menetapkan bilangan sampel adalah antara satu hingga 4 orang informan dan setelah
menemu bual informan ke enam, penyelidik telah berpuas hati dengan maklumat
yang diperoleh kerana ia telah meliputi semua dimensi yang dikehendaki.
Oleh itu, penyelidik seterusnya melakukan temu bual ke empat-empat bagi
mengesahkan tiada penemuan atau tema baru terhasil daripada temu bual yang
dijalankan. Bilangan sampel kajian dianggap telah mencapai tahap ketepuan data
dan diyakini telah mencukupi dari segi maklumat yang diperoleh dengan jumlah
sampel sebanyak empat orang pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng
sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong, Tenom Sabah. Data yang
diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis tema seperti mana yang
disarankan oleh Braun dan Clarke (2006) di mana ia meliputi lima proses utama
yang dilakukan oleh pengkaji iaitu pertama membiasakan diri dengan data di mana
pengkaji membaca kesemua data untuk mendapatkan kefahaman yang menyeluruh
terhadap maklumat yang diperoleh daripada temu bual yang dijalankan. Keduanya
menghasilkan kod awal di mana kod ini dikenalpasti dengan meliaht kepada kata
kunci, frasa serta ayat yang secara langsung menunjukkan idea, pandangan dan konsep
yang menjawab kepada soalan kajian. Ketiganya mencari tema di mana, proses
mengurus data bermula dengan kod yang hampir sama membentuk satu tema dan
seterusnya diletakkan bersama dalam satu
jadual. Tema awal mula terbentuk berdasarkan kesamaan kod-kod yang telah
dikenalpasti. Langkah keempat mengkaji tema di mana pengkaji perlu memastikan
ia mencerminkan konsep idea bagi setiap tema. Pada peringkat ini sebahagian
tema dihapuskan, diasingkan, ditakrifkan semula atau dinamakan dengan lebih
tepat. Akhir sekali pengkaji mentakrif dan menamakan semula tema. Rumusan metodologi
kajian yang digunakan adalah seperti rajah 1.0 berikut:
Jadual 1.0 : Rumusan
Metodologi Kajian
Kaedah Kajian Kajian
Kualitatif
Kaedah kajian Kajian
Kualitatif
Reka bentuk kajian
Kajian kes
Persampelan kajian Persampelan bertujuan
Bilangan responden 4 orang informan
Teknik
pengumpulan data Temu bual mendalam bersemuka
Instrumen kajian Panduan soalan (semi struktur)
Analisis kajian Analisis tema
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Demografi Informan
Kajian ini melibatkan empat orang pelajar yang
terlibat dengan masalah ponteng sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong
Tenom Sabah. Terdapat empat orang informan lelaki mengambil bahagian secara
sukarela dalam kajian ini. Informan pertama berasal dari kampung Sugiang Baru
kemabong, informan kedua berasal dari kampung Marais Baru Kemabong, informan
ketiga berasal dari kampung Masanoi Kemabong dan Informan keempat berasal dari
kampung Masanoi Kemabong. Demografi informan diringkaskan seperti dalam jadual
2.0 berikut.
Jadual 2.0 : Jadual Demografi Informan
|
Informan |
Jantina |
Umur |
Tingkatan |
Tempat tinggal |
|
1 |
Lelaki |
15 tahun |
3 |
Kampung Sugiang
Baru Kemabong, Tenom. |
|
2 |
Lelaki |
15 tahun |
3 |
Kampung Marais
Baru Kemabong, Tenom. |
|
3 |
Lelaki |
15 tahun |
3 |
Kampung Masanoi
Kemabong, Tenom. |
|
4 |
Lelaki |
15 tahun |
3 |
Kampung Masanoi
Kemabong, Tenom |
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati
terdapat enam faktor yang dikenalpasti telah mempengaruhi kecenderungan
terhadap autonomi kebebasan dan implikasi terhadap kehadiran sekolah iaitu
ibubapa memberi kebebasan sepenuhnya di rumah, pengaruh rakan sebaya, ketagihan
telefon atau dikenali sebagai gejala nomofobia, sikap tidak boleh ditegur dan
sikap malas dan tidak minat untuk belajar juga didapati telah mempengaruhi
remaja untuk terlibat dalam tingkah laku ponteng sekolah. Ia dibincangkan
secara terperinci seperti berikut:
a) Ibubapa memberi kebebasan sepenuhnya
di rumah
Hasil temu bual yang dijalankan mendapati kebanyakan
informan menyatakan kebebasan di rumah sepenuhnya tanpa kawalan ibubapa sebagai
salah satu faktor yang menyebabkan mereka semakin selesa dengan keadaan bebas
autonomi di rumah. Kesemua informan ada menyatakan bahawa mereka terlalu bebas
sehinggakan apa juga aktiviti yang dilakukan di rumah tidak ada masalah
khususnya bermain telefon, buang masa melepak bersama kawan di luar tanpa
memaklumkan kepada ibubapa mereka. Pada awal usia 7 hingga 14 tahun kesemua
informan menyatakan tidak bebas melakukan apa sahaja aktiviti di rumah kerana
di bawah pemantaun ibubapa dan setelah mencapai 15 umur iaitu tingkatan 3
mereka menunjukkan sikap auntomi mereka dengan segaja tidak mendengar dan
mementingkan pemantauan ibubapa termasuklah segala nasihat yang disampaikan.
Aku dulu sekolah rendah sampai
tingkatan 2 selalu kena tegur, balik dari sekolah kena tanya dan selepas itu
kena tanya apa aktiviti seterusnya dibuat dirumah, tapi mula tingkatan 3 saya
mahu bergerak sendiri macam pergi jumpa kawan, balik rumah saya tahu apa yang
mahu dibuat. Saya mahu bebas sendiri.
(informan 1)
Saya mahu kebebasan di rumah
supaya saya boleh main game, buat apa yang saya mahu buat sebab bila bebas saya
gembira di rumah.
(informan 2)
b) Pengaruh rakan sebaya
Hasil temu bual yang dijalankan juga mendapati
kebanyakan informan menyatakan rakan sebaya sebagai salah satu faktor yang
menyebabkan mereka lebih memilih sikap kebebasan autonomi dalam diri sehingga
cenderung untuk tingkah laku ponteng sekolah. Pengaruh rakan sebaya adalah merupakan salah
satu faktor yang dominan untuk mempengaruhi individu untuk bertindak sendiri
mengikut kehendak diri terutamanya kawan rapat. Semua informan terpengaruh
dengan pujukan dan ajakkan rakan-rakan yang lain untuk memilih sikap kebebasan
kerana ianya memberi kepuasan sesama. Di kalangan informan setiap individu
melihat kebebasan autonomi yang ada pada rakan lain sebagai satu kelebihan yang
dibanggakan meskipun ianya tidak memberi manfaat namun semua informan
menunjukkan minat kepada tidak suka di kawal aktiviti di rumah, tidak
mementingkan pemantauan ibubapa sebab itu kadang kala tidak mendengar nasihat
langsung. Terdapat informan yang menyatakan sepenuhnya tidak dikawal oleh
ibuabapa sebabnya sikap yang tidak pedulikan nasihat sehingga ibubapa rasa
putus asa dengan sikap anaknya, keadaan ini lebih merumitkan keadaan sehingga
klien sepenunya memiliki zon selesa untuk bertindak tanpa nasihat orang lain. Berikut
merupakan kenyataan yang diberikan oleh informan berhubung perkara tersebut.
Kalau saya ibubapa langsung
tidak tegur, marah atau bagi nasihat di rumah jadi saya teruskan aktiviti
sendiri.
(Informan 1)
Sebab kawan saya banyak
mempengaruhi pemikiran saya jadi saya pun mahu ikut macam dia.
(Informan 4)
Kadang lepak dengan
kawan-kawan mereka selalu bercerita mengenai sikap terlalu bebas di rumah dan
boleh buat apa sahaja jadi saya pun rasa mahu seperti mereka. Saya rasa seronok
dan betulah apa yang kawan-kawan cakap saya boleh buat apa sahaja di rumah termasuk
pergi main dengan kawan-kawan, lepak sampai malam, main game dan selalu tidur
lewat. Kadang ibubapa saya tegur tapi saya tidak kisah, kadang lamabat bangun
terus malas pergi sekolah.
(Informan 3)
Berdasarkan dapatan temubual informan dalam kajian ini
iaitu pengaruh rakan sebaya telah disokong dalam Teori Pembelajaran Sosial yang
diperkenalkan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa sifat agresif bukanlah
sifat semula jadi. Namun, ia adalah sifat kelakuan yang telah dipelajari oleh
seseorang individu. Dalam peringkat umur remaja yang bergelar pelajar, mereka
akan mudah terpengaruh dengan segala tingkah laku orang yang ada disekeliling
seperti rakan sebaya. Menurut Azizi et. al (2012), ternyata rakan adalah
individu yang paling rapat bagi remaja berbanding ibu bapa dan keluarga mereka
sendiri. Tingkah laku agresif ini kebiasaanya berlaku adalah berdasarkan kepada
pengalaman dan pemerhatian tentang apa yang berlaku di persekitaran remaja.
c) Ketagihan Gajet atau
dikenali sebagai gejala nomofobia
Berdasarkan temubual keempat-empat informan mengakui
memiliki telefon yang canggih dan mampu akses kepada perkembangan pelbagai
jenis game yang seringkali jadi minat di kalangan remaja sekolah. Secara keseluruhan
kesemua informan menghabiskan waktu banyak bermain telefon di rumah sehingga
menganggu kepada aktiviti pembelajaran serta aktiviti kekeluargaan, penggunaan
gajet terutamanya telefon di rumah tanpa pemantauan dan kawalan ibubapa telah
membina tingkah laku bebas sehingga kurang peka terhadap nasihat atau teguran
ibubapa ketika leka bermain telefon. Mereka menghabiskan waktu dengan aktiviti
main game bersama rakan-rakan, kadang-kadang kerap main game sehingga larut
malam meskipun sudah diberi amaran berkali-kali oleh ibubapa namun tidak peduli
malah informan lebih suka melayan game sehingga puas hati. Situasi ini telah
membawa klien kepada gejala nomofobia dimana salah satu informan mengatakan
tidak boleh hidup tanpa telefon sebab perlu main game atau melayari media
sosial malah ia akan merasakan kebosanan dan tidak suka keadaan sekiranya tidak
melayari gajet.
Saya mesti main game sebab
bila main game tidak bosan dan sudah biasa asal di rumah pegang telefon mesti
main game. Saya tidak suka dimarah atau dilarang daripada tidak main game mesti
saya mahu main, kadang bersama kawan-kawan rasa seronok dan puas. Kalau tiada
telefon susah rasa stress.
(Informan 1)
Dari sudut tingkah laku informan menyatakan risau
apabila telefon kehabisan bateri dan habis kredit untuk langgagan data
internet, setiap kali bermain di telefon di rumah informan akan berada di bilik
atau mana-mana berdekatan dengan suis untuk mengelakan daripada kehabisan
bateri. Informan akan setiasa memastikan bekalan data internet sentiasa ada di
rumah kadang kala mereka memaksa ibubapa untuk dapatkan duit membeli kredit.
Informan juga menceritakan bukan sekadar di rumah tetapi di luar apabila mereka
lepak bersama rakan lain aktiviti banyak melayari telefon dan main game
sehingga malam. Dalam tempoh seminggu informan menyatakan setiap hari lebih
daripada 10 jam bermain telefon dalam
tempoh seminggu sehingga memberi kesan kepada diri sendiri. Kebergantungan
telefon pintar ini menyebabkan mereka semakin kurang peka akan perkara yang
lebih penting sehingga menjadikan aktiviti tersebut sebagai pengisian utama
waktu masa lapang sehingga membentuk kebebasan autonomi dalam diri hanya kerana
kerap main telefon di rumah.
Di rumah saya memang banyak
main game sampai lupa makan, ibubapa pergi kerja pun tidak sedar kemudian
berhenti selepas habis bateri telefon atau rasa lapar
(Informan 2)
Lepak di luar lagi best sebab
ada kawan boleh main game ramai-ramai sampai lewat malam
(Informan 3)
Bila mai telefon rasa bebas
sebab bila tengok telefon semua dapat , kalau mahu main game pun senang, game
online dan tengok tiktok, fb lagi dan lain-lain
(Informan 4)
Nomofobia bermaksud ketakutan seseorang untuk tidak
berhubung dengan telefon
bimbit. Singkatan untuk nomofobia ialah daripada perkataan
“tiada-telefon-bimbit-fobia” (Bhattacharya et
al., 2019). Katherine (2008)
mendefinisikan nomofobia adalah ketakutan melampau individu jika tidak
berhubung dengan telefon bimbit. Hasil dapatan maklumat daripada informan ini
disokong menurut Bragazzi dan Del Puente (2014), ciri-ciri yang menunjukkan
individu menghadapi masalah nomofobia adalah menggunakan telefon bimbit secara
berterusan tanpa mengambil kira masa yang telah dihabiskan hanya untuk
berhubung dengan rakan-rakan mereka.
Seterusnya, mereka juga akan menghadapi kerisauan yang melampau jika kehilangan telefon atau
telefon mereka tidak berada berdekatan dengan mereka. Selain itu, jika mereka
tidak dapat menggunakan telefon bimbit kerana tiada sambungan rangkaian
internet ataupun rangkaian telefon, kehabisan bateri dan kekurangan kredit
turut menymbang kepada gejala ini.
Seseorang yang mengalami
nomofobia juga akan
membiarkan telefon mereka
sentiasa dihidupkan tanpa mematikan telefon mereka 24 jam sehari.
d) Sikap tidak boleh ditegur
Sikap tidak boleh ditegur di kalangan informan juga
menyebabkan sikap kebebasan autonomi semakin mejadi-jadi menyebabkan pergerakan
mereka tidak terkawal di rumah, buat hal masing-masing tanpa kekangan daripada
ibubapa. Salah seorang informan memiliki sikap agresif iaitu langsung tidak
menghiraukan pendapat ibubapa malah bersikap tidak ambil peduli, marah apabila
ditegur berulang alik, tidak hormat apa yang ibubapa cuba betulkan sehingga
klien tidak memberi respon apabila ditanya. Apabila ditanya antara sebab tidak
boleh ditegur informan memberi alasan sekirannya mereka ditegur informan rasa
tidak bebas melakukan sebarang bentuk aktiviti mengikut kehendak diri sebaga
contoh main game, lewat balik rumah atau pergi lepak dengan kawan. Terdapat
informan yang menyatakan bahawa mereka tidak perlu ditegur atas sebab sudah
tahu apa yang perlu dilakukan, kalau berkenaan dengan sekolah informan langusng
buang muka dan sikap tidak ambil kisah. Sikap tidak boleh ditegur juga
menyebabkan ibubapa rasa putus asa sebabnya anak tidak memberi respon yang
baik, kadang ibubapa rasa sedih namun tidak dipedulikan sehingga kadar nasihat
atau teguran kepada informan semakin berkurang kadang-kala tidak dihiraukan
lagi keberadaa di rumah, lewat balik ataupun tidak mahu datanng ke sekolah
ibubapa sudah rasa tidak ada semangat untuk memberi nasihat. Situasi ini semakin
mejadi-jadi maka informan merasakan keselesaan dan kebebasan sepenuhnya tanpa
pemantauaan di rumah dan akhirnya membentuk tingkah laku ponteng sekolah.
“Memang saya kena tegur tapi
saya tidak pedulikan sebab saya tahu saya mahu buat apa.”
(Informan 1)
“Ibubapa saya dulu selalu
tegur tapi bila saya kerap main telefon kemudian kena tegur saya tidak ambil
kisah sampi sekrang ibu bapa saya tidak lagi macam dulu, sekarang saya banyak
main game pun macam tidak ditegur jadi saya teruskan ja.”
(Informan 2)
“Kalau bab sekolah memang
sebelum ini ditegur tapi saya anggap biasa sahaja, saya Cuma main game ja
kenapa perlu ditegur dan kenapa perlu saya berhenti main game sekolah kan esok.”
(Informan 3)
“Saya selalu menjawab apabila
ditegur, bila saya fokus main telefon ibu saya tanya kenapa tidak buat kerja
rumah saya respon nantilah saya buat mahu main game dulu, akhirnya kerja rumah
tidak siap.”
(Informan 4)
e) Sikap malas dan tidak minat
untuk belajar
Hasil temu bual yang dijalankan mendapati, kebanyakan
informan yang mempunyai sikap auntonomi dan mahukan kebebasan mutalk di rumah
adalah disebabkan oleh sikap malas dan tidak berminat dengan sesetengah
matapelajaran yang diajar di sekolah. Apabila wujud tidak minat untuk berlajar,
informan cenderung bertingkahlaku auntomoni tanpa ada halangan dan sekatan
daripada ibubapa sehingga mendorong untuk ponteng sekolah. Sikap malas ada pada
diri seseorang telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua informan untuk
merancang serta melakukan apa sahaja demi memuaskan keinginan dalam diri. Tanpa
mementingkan nasihat ibubapa dan langsung tidak mengambil iktibar terhadap apa
yang berlaku dengan diriny telah membiasakan diri ataupun menjadikan sikap
autonomi menjadi satu hobi dalam kehidupan harian. Berikut merupakan antara kenyataan
yang diberikan oleh informan berhubungan perkara ini.
“Saya rasa malas kalau sebelah
pagi dan tidak mahu bangun dari tidur sampai terlajak tidur dan tidak pergi ke
sekolah”
(Informan 1)
“Saya suka dengan cara bebas
tanpa kawalan oleh ibubapa jua disebabkan oleh sikap malas saya yang melampau”
(Informan 2)
“Kalau di rumah saya memang
malas, kerja rumah tidak buat apa lagi kalau belajar memang tidak pernah…di
sekolah banyak masa saya tidur dalam kelas, kadang malas mahu belajar…kemudian
balik rumah terus malas”
(Informan 3)
Hasil kajian ini selari dengan kajian oleh
Arasaythamby Vello et al (2014) yang menyatakan faktor utama yang menyebabkan
pelajar ponteng sekolah adalah kerana faktor diri sendiri. Begitu juga Malcolm
et al. (2003) yang menjelaskan faktor ponteng sekolah dalam kalangan pelajar
adalah disebabkan oleh sikap malas pelajar itu sendiri. Di tambah pula apabila
pelajar tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak
berusaha menarik minat pelajar hingga menyebabkan pelajar hilangan minat untuk
belajar dan ponteng sekolah (Azizi et. al, 2012).
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan,
terdapat enam faktor yang mempengaruhi penglibatan remaja dalam tingkah laku
ponteng sekolah iaitu sikap malas dan tiada minat untuk belajar, terbeban
dengan tugasan sekolah dan isu peribadi yang dialami oleh remaja itu sendiri.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya, konflik keluarga dan gaya pengajaran guru
dalam kelas turut didapati mempengaruhi penglibatan remaja dalam tingkah laku
ponteng sekolah. Oleh itu, program khusus perlu dilaksanakan melibatkan kerjasama
dengan ibu bapa atau penjaga melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
pemantapan sahsiah pelajar, pemantapan gaya pengajaran guru di sekolah serta
jenis dendaan dan cara teguran yang diberikan kepada pelajar.
Program
bersama ibu bapa atau penjaga merupakan langkah tebaik dalam menangani masalah
disiplin terutamanya ponteng sekolah. Ini kerana pengurusan tingkah laku
pelajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada peranan guru semata-mata
sebaliknya memerlukan penglibatan ibu bapa dan penjaga. Sekiranya, guru
mendapat sokongan daripada penglibatan ibu bapa dan penjaga, maka ia memudahkan
guru dan pihak sekolah dalam menguruskan dan mendisplinkan tingkah laku pelajar
sama ada di rumah mahupun di sekolah. Di samping itu, ibu bapa dan penjaga
perlu menjadi model tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka kerana
setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa boleh menjadi contoh dan
ikutan kepada anak-anak. Apa juga permasalahan dan konflik keluarga yang
berlaku di rumah perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik agar ia tidak
memberi kesan buruk kepada sahsiah mahupun akademik anak-anak disekolah.
Kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat diperlukan dalam membantu
mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Hasil perbincangan antara
guru dan ibu bapa boleh dimanfaatkan untuk kebaikan pelajar agar tidak mudah
terjebak dengan salah laku yang melanggar peraturan sekolah. Oleh hal demikian,
dengan adanya kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merangka
program pencegahan dan pembenterasan masalah ponteng maka ia boleh membantu
pihak sekolah untuk mengatasi setiap masalah dan cabaran yang dihadapi.
Cadangan
langkah seterusnya melibatkan program pemantapan sahsiah pelajar. Ini kerana
sahsiah yang baik boleh membentuk peribadi seseorang individu. Jika dilihat kebanyakan
sekolah menjurus kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 63 penumpuan
dalam kecemerlangan akademik namun kurang ke arah kecemerlangan sahsiah diri.
Ini dapat dilihat apabila berlaku peningkatan masalah disiplin yang ketara di
sekolah. Oleh itu, perlunya satu program khusus kepada pelajar yang mengalami
masalah disiplin termasuk masalah ponteng sekolah. Program tersebut perlu
memfokuskan kepada pembentukan sahsiah dan peribadi pelajar yang melibatkan
pembangunan emosi, mental dan sosial pelajar agar mereka sedar akan tanggungjawab
dan peranan diri mereka sebagai seorang individu yang perlu memberi manfaat
kepada diri sendiri, ibu bapa, rakan dan orang disekeliling mereka. Seterusnya,
gaya pengajaran guru di dalam kelas perlu dipertingkatkan selaras dengan
keperluan dan cabaran semasa. Bentuk pengajaran
yang kreatif, berteknologi dan menarik perlu bagi mengelakkan pelajar mudah
berasa bosan dengan teknik pengajaran yang bersifat konvensional. Guru perlu
melengkapkan diri dengan teknik pengajaran yang relevan dengan perkembangan semasa.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyediakan platform dan
kursus-kursus yang dapat meningkatkan kemahiran para guru dalam meningkatkan
teknik pengajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dapat berlangsung dengan lebih kondusif dan ini dijangka dapat mengurangkan
masalah ponteng sekolah yang berpunca daripada gaya pengajaran guru yang
membosankan. Walau bagaimanapun, mendidik seseorang pelajar tidak perlu dalam bentuk
kekerasan. Hukuman yang diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam masalah
ponteng sekolah perlu bertujuan untuk memberi kesedaran dan didikan selain peringatan
kepada pelajar agar tidak mengulangi tingkah laku tersebut. Berdasarkan hukuman
sedia ada yang dipraktikkan di kebanyakan sekolah ternyata hukuman berbentuk
kekerasan dilihat tidak berkesan.
Dalam Teori Peneguhan oleh Skinner (1979) menekankan berkaitan dengan
tingkah laku individu terbentuk melalui proses peneguhan ataupun hukuman.
Sekiranya pelajar mendengar nasihat yang telah diberikan oleh guru dan
bertingkah laku baik maka ini menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan perubahan
yang positif. Namun, sekiranya pelajar mengulangi kesalahan yang sama setelah
diberikan nasihat, maka pelajar perlu diberikan hukuman. Namun, hukuman yang
diberikan tidak boleh memberi kesan buruk yang berlebihan kepada pelajar
tersebut. Malah hukuman yang dikenakan perlu bertujuan untuk peringatan kepada pelajar
tersebut agar sentiasa bertingkah laku baik demi masa depan pelajar itu
sendiri. Cara teguran kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin khususnya
ponteng sekolah perlu dilihat semula oleh para guru dan pihak sekolah. Tujuan
menegur adalah untuk kebaikkan pelajar. Oleh itu, teguran yang diberikan perlu
disampaikan dengan cara yang boleh
RUJUKAN
Ainonminah, M. N., Awanis, M., Norhana, M. S.,
Juliana, B. & Siti Noor, I. (2016). Hubungan antara gaya pengajaran guru
dengan tahap ponteng sekolah menengah di Daerah Bachok, Kelantan. Prosiding
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 25-27 October
2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.503
Arieff Salleh, R. & Wardah, M. (2006). Membentuk
Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Arsaythamby, V. & Ng, C. K. (2014). Jenis Amaran
dan Faktor Ponteng Sekolah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Sabah.
Asia Pacific Journal of Educators and Education, 29, 125–139
Azizi, Y. & Rosnah, B. (2007). Punca Berlakunya
Masalah Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah
Menengah Di Empat Buah Negeri. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana
Pendidikan.
Azizi, Y., Shahrin, H., Yusof, B., Jamaludin, R. &
Nurul Ezzati, A.Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 65 (2012).
Penyelewengan Tingkah Laku Remaja Punca dan Rawatan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis
in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2),77-101. doi:10.1191/1478088706qp063oa
Calhoun, G., Jurgens, J. & Chen, F. (1993).
Juvenile Deliquency: Trends, Problems and Causes. Seminar Delinkuensi Juvana.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hamidah, A. R., Sabariah, D., Mohd Taib, D., Ajmain,
S., Hamdan, A.K. & Puteri Khairul Bariah, M. M. (2006). Faktor Penyumbang
Kepada Masalah Keluarga Dan Penceraian: Kajian Kes Di Johor. Universiti Teknologi
Malaysia: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.
Husein, M. & Kamaruddin, A.R. (2001). Beberapa
Pandangan Dan Dapatan Berkaitan Dengan Disiplin Di Sekolah. Jurnal Kementerian Pelajaran
Malaysia Jilid xxvii Keluaran 65.
Jantan, R. & Razali, M. (2004). Psikologi Pendidikan
Pendekatan Kotemporari. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd. Malcolm, H., Wilson,
V., Davidson, J., & Kirk, S. (2003). Absence from School: A Study of its
Causes and Effects in Seven LEAs. Research Report.
Makhsin, M. & Ilias, M. F. (2004). Social Problem
Nowadays Delinquent Youth. Thinking of July-September, 117-152.
Mook, S. S. (2009). Teks Komprehensif PTK, Pengajaran
&Pembelajaran (P&P). Multimedia Sdn.Bhd.
Muhammed Sharif, M. & Suria, A. J. (2012).
Mengenal Pasti Puncapunca Ponteng Di KalanganPelajar Sekolah Rendah : Satu
Kajian Kes. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 50-73
Noor Mohamad Shakil, H. (2017). Tangani Masalah
Disiplin Secara Bersepadu. Utusan Online. Norizan, Y. (2016). Pengurusan elemen
psikologikal sebagai persediaan menghadapi bencana: Satu kajian kualitatif
terhadap mangsa banjir di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (2), 74-81.
URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26
Malaysian J 66 ournal of Youth Studies
Nosiah, A. W. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi
masalah ponteng di Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.
Nurzaimah, A., Ezarina, Z. & Haris, A. W. (2013).
Intervensi Kerja Sosial Dalam Menangani Masalah Sosial Pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 38(1): 42-50.
Nurul Huda, H. (2017). Pelajar Ponteng Sekolah
Ditahan. Berita Harian.
Rohayati, D. (2004). Persepsi ibu bapa terhadap
faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini: Satu tinjauan di Taman
Aman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Ropiah Mohamed. (2004). Faktor-Faktor Persekolahan
Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar,Satu,Kajian Kes Terhadap
Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Muar,Johor.Universiti
Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Pendidikan.
Siti Uzairiah, M. T. (2017). Kajian Kualitatif dan
Analisis Temu bual. Kuala Lumpur, Malaysia: Aras Publisher.
Suzana, J. L. (2002). Psikologi Kanak-Kanak Dan
Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan, K. N.(2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah
Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin.Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Wilkins, J. (2008). School Characteristics That
Influence Student Attendance: Experiences of Students in a School Avoidance
Program. The High School Journal, 91, 12-24.
Ting Len, S. & Muhamad Sidek, S. (2007). Ingin
Menjadi Guru. Seri Kembangan: Ilmu Media Trade.
Zahari, I. & Low Suet, F. (2013). Truant and
Teachers’ Behaviors in the Classroom, Procedia Social and Behavioral
Sciences,103, 1223-1237.
Zainal, M. & Mohd. Sharani, A. (2004). Panduan
Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zhang, D., Katsiyannis, A., & Barrett, D., Wilson,
V. (2007). Truancy Offenders in the Juvenile Justice System. Remedial and
Special Education, 28, 244-256.
Comments
Post a Comment