Skip to main content

Masalah "Dilema" dan " Tanggapan buruk " untuk melanjutkan pengajian di bidang Kemahiran/ TVET dari segi pendidikan kerjaya di Malaysia.

RENCANA PERDANA: 

         Masyarakat, khususnya golongan belia, yang terlibat dengan TVET pastinya menarik nafas lega dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, memandangkan terdapat laporan yang menyatakan bahawa sistem pendidikan itu diselubungi oleh pelbagai permasalahan sebelum ini. Hal ini termasuklah isu keseragaman standard kualiti dan penilaian lepasan TVET yang melibatkan banyak kementerian dan agensi, sehingga menyebabkan ketidakselarasan sistem dan pendekatan terhadap TVET itu sendiri.  Pelaksanaan TVET yang melibatkan tujuh kementerian, termasuklah Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pertahanan, serta hampir 500 agensi di bawahnya, pastinya memberikan kesan terhadap kualiti pendidikan dan latihan yang diberikan keranan setiap kementerian mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Hal ini secara tidak langsung memberikan impak terhadap kualiti lepasan TVET yang dilahirkan untuk menampung keperluan industri. Di samping itu, bagi menghadapi era Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar TVET sewajarnya diberikan pengiktirafan pensijilan peringkat antarabangsa, selain sijil pada peringkat nasional. 
         
            Melalui pengiktirafan ini, graduan lepasan TVET bukan sahaja berpeluang untuk berkecimpung dalam dunia perindustrian di Malaysia, bahkan turut berpeluang untuk bekerja di seluruh dunia. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kadar gaji yang diterima oleh lepasan TVET di negara ini kerana diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, langkah pihak kerajaan untuk mempertimbangkan model pembelajaran TVET dari negara Eropah, seperti Jerman, baru-baru ini merupakan langkah yang tepat dan seharusnya dimanfaatkan oleh golongan belia. Secara tuntasnya, pihak kerajaan, melalui Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, wajar mengkaji perancangan dan langkah yang terbaik untuk memastikan TVET menjadi sistem pendidikan yang dianggap sebagai “berprestij” dan “berjenama”. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik lebih banyak remaja untuk memilih TVET sebagai pilihan utama, seiring dengan usaha untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran ini bukan sahaja terletak pada bahu pihak kerajaan semata-mata, bahkan setiap pihak-pelajar, ibu bapa, masyarakat, industri pendidikan, badan bukan kerajaan, dan pihak industri perlu bekerjasama demi melahirkan golongan belia yang berkemahiran bertaraf antarabangsa.
                                                                                                               
                                                                                                                  (Dewan Siswa Bil. 9 2018) 


1001 persoalan yang mungkin di fikirkan oleh masyarakat di luar sana mengenai Kolej Vokasional.

Kolej vokasional (KV) ini bagus atau tidak sebenarnya?

Apakah Kolej Vokasional ini hanya untuk murid yang malas belajar?

Apakah Kolej Vokasional ini hanya untuk pelajar yang tidak pandai?

Di sini, saya ingin  berkongsi beberapa perkara yang perlu anda tahu jika berminat  belajar di Kolej Vokasional, namun perkongsian ini bukanlah rasmi tetapi atas usaha sendiri untuk membantu masyarakat di luar sana terutamanya ibu bapa untuk memahami kenapa perlu belajar di kolej vokasional. Saya juga akan memberi sedikit pencerahan mengenai sistem pendekatan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)) kepada masyarakat agar tidak berlaku pandangan atau stigma yang tidak baik.

 

1. Kolej Vokasional tidak perlu belajar subjek akademik?

Ini mungkin tanggapan yang paling popular tentang KV. Orang kata, "Masuk KV lah. Tidak perlu belajar subjek akademik"

Rata-rata pelajar saya tanya, inilah antara sebab utama mereka masuk KV. Bila ditanya, siapa yang beritahu? Ada kata kaunselor. Kawan. Dengar-dengar. Mungkin bukan salah kaunselor. Tetapi pelajar salah faham.

Sebenarnya, enam subjek asas SPM tetap kena belajar. Cuma peruntukan masa sahaja yang tidak sama dengan aliran sekolah biasa / perdana. Enam Subjek ini adalah wajib diambil untuk memastikan pelajar yang tamat belajardi Kolej Vokasional mempunyai peluang mencari pekerjaan sama dengan pelajar yang tamat belajar SPM, Sebab itu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Ini untuk peringkat Sijil Vokasional Malaysia ( SVM) SAHAJA.

 

2. Tiada masa untuk berbulan madu di Kolej Vokasional.

Tingkatan empat sinonim dengan tahun bulan madu, tetapi di Kolej Vokasional sistem penilaian dan pentaksiran terbahagi dua iaitu Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian akhir (PA). Bagi sesetengah subjek, sains contohnya, PB dah bermula di minggu kedua. Untuk amali sains.

Kalau anda tidak "score" PB, alamatnya PA adalah peluang tipis sebab itu kena buat betul-betul. Tapi realitinya inilah masalah utama pelajar Kolej Vokasional.

Tidak menyiapkan Penilaian Berterusan (PB) malah ada pelajar yang sengaja tidak menghadiri PB. Bila ini berlaku, pelajar akan gagal PENILAIAN AKHIR (PA). Sebab PA lebih susah.

Ada pula yang komen PB  boleh mengulang sekiranya gagal mencapai skor yang sepatutnya. Akan tetapi masa terlalu cemburu sebab itu pelajar sepatutnya bertungkus lumus untuk belajar dapatkan skor untuk PB. Cikgu bukan mengajar satu kelas dan kena faham banyak lagi tugasan dan tanggungjawab yang cikgu perlu selesaikan di sekolah. Manakala pelajar pula ada macam-macam subjek yang perlu dipelajari.

Oleh yang demikian  kalau  masuk Kolej Vokasional, kena belajar dari minggu pertama. Tetapi jangan bimbang, subjek SVM tidaklah susah macam menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yang penting kena ada disiplin, Jangan ponteng dan berusaha. Sedikit kesungguhan.

 

3. Sistem pembelajaran mengikut semester

Satu semester masanya 17 minggu. Di setiap akhir semester, ada penilaian akhir. Keputusan setiap semester akan di kumpul menjadi PNGK. PNGK menjadi penentu sama ada ada layak menyambung pengajian di peringkat diploma. Pelajar perlu kompeten setiap kursus pada setiap semester. Bagi subjek akademik, jika gagal boleh mengulang sekali sahaja. Bagi kursus vokasional, anda perlu kompeten. Jika tidak kompeten, tak boleh mengulang. Modul vokasional, 70 peratus markah adalah PB. PA pun 20 peratus amali. 10 peratus sahaja teori.

Tapi jangan risau, jangan bimbang sebab kami tidak hancurkan impian anda. Walau bagaimanapun sedikit kekecewaan apabila ada pelajar yang gagal sebab sering ponteng dan tidak menyiapkan PB.

Sebenarnya tiada alasan anda untuk tidak siap atau  kompeten modul vokasional.

Kecuali sikap. Sikap anda sendiri.

 

4. Minat kerja-kerja amali.

70 peratus pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di KV melibatkan kerja amali. Hands on. Boleh dikatakan setiap hari ada kerja amali.

Biasalah, pertama kali masuk di unit  buat kerja welding, mata jadi merah kemudian sakit mata, rasa panas, tidak selesa, menyesal, sedih mahu tukar kursus, salah pilih bidang, mahu yang ada penghawa dingin, tidak boleh pegang besi, tidak tahan di ladang

Ada pelajar bila kena situasi ini, terus mahu balik sekolah asal dan bersikap lembik di kolej.

"Kau ingat senang ke, mak ayah kerja cari duit. Mahu bagi anak-anak makan. Sekolahkan kau" begitu lah. Nak dapat kemahiran, kena sedarkan diri sendiri. Practice makes perfect.

Ada juga pelajar perempuan. Ambil kursus binaan bangunan. Tapi takut kotor-kotor. Takut pegang  tukul, cangkul, parang, gergaji dan sebagainya.

Elakkan sikap begini!! Minat masuk Kolej Vokasional? Kena buat keputusan dengan tepat jangan susahkan orang lain pula.



5. Waktu PdPC sampai petang.

Ya. Balik dari sekolah memang sekitar JAM 3.30 /JAM 4.00 PETANG. Tetapi bukan bermakna tiada rehat langsung, biasanya ada masa berehat dan dua waktu. Bergantung kepada setiap program dan ada yang tidak sama, untuk akademik pula lain kelasnya, biasanya kelas akademik dilakukan dalam tempoh satu hari tanpa ada pertindihan kelas vokasional.

Masuk kolej memang berbeza waktu PdPc jangan hairan, anda masuk sini sebab mahu belajar kemahiran bukan macam di sekolah harian biasa duduk dalam bilik darjah, tetapi di Kolej Vokasional anda perlu berada di bilik kuliah untuk akademik dan amali di unit.

Mula-mula memang belum biasa terutama bagi yang tinggal di luar kolej, faktor ini antara sebab pelajar balik sekolah asal tapi sebenarnya ia bukan masalah sebagai seorang pelajar kerana kalau mahu belajar tiada halangan.

                         

ANTARA PERSEPSI MEREKA TERHADAP  KOLEJ VOKASIONAL?

1. Kolej Vokasional tidak menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Isu ini kalau tidak silap masih berlaku sehingga hari ini, dimana mereka menganggap pelajar yang tamat belajar dari Kolej Vokaisonal akan terus dapat kerja? Sebenarnya ia tidak betul dan pendapat yang kurang releven ya, hakikatnya peluang pekerjaan masa kini sangat bergantung sepenuhnya kepada usaha , kemahiran yang dipelajari dan pencapaian pelajar itu sendiri, apa yang kolej vokasional janjikan adalah memberi latihan, kursus dan mengajar serta mendidik semua pelajar untuk berjaya memperolehi pekerjaan. Dengan harapan mereka dapat pekerjaan yang baik namun hakikatnya hari ini pelajar sendiri yang kurang usaha, sebagai contoh keputusanPNGK akademik rendah menyebabkan tidak dapat bersaing. Pekerjaan ada di mana-mana, yang menentukan ialah kualiti diri seseorang, kalau ia memenuhi kehendak majikan maka pelajar ini sangat beruntung sebaliknya kalau tidak cukup kemahiran, akademik lemah, masalah kemahiran insanah sudah tentu menghadapi kesulitan dalam soal persaingan mencari kerja. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh, setakat ini semua dapat kerja kerana peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran sangat laku di pasaran.

2. Kolej Vokasional menipu.

Memang ada orang cakap Kolej Vokasional menipu, sebenarnya ia salah faham dan akibat daripada kurang pemahaman mengenai sistem TVET siapa pun boleh menyalahkan pihak Kolej Vokasional. Kolej Vokasional akan menjanjikan anaknya terus dapat kerja, terus dapat sambung belajar? Silap sebenarnya ya, masuk ke kolej untuk belajar bidang kemahiran bukan untuk mengajar anda untuk dapatkan peluang pekerjaan, kami cuma berharap siapa pun yang masuk di Kolej Vokasional ini akan menempatkan diri di mana-mana industri suatu hari nanti.

Pendapat saya mengenai beberapa faktor dan sebab yang signifikan, mengapa pengajian TVET dilaksanakan untuk negara Malaysia yang masih membangun.

1. Kita mempunyai tenaga pekerja mahir / separa mahir akan tetapi mereka jual mahal.

2. Terlalu bergantung kepada pekerja asing menyebabkan pengaliran wang keluar yang memberi kesan 
    kepada pembangunan ekonomi negara.

3. Masalah terlalu memilih kerja di kalangan penduduk Malaysia.

4. Stigma buruk atau tidak baik terhadap pekerjaan dalam bidang kemahiran khususnya TVET. 

5. Memberi peluang kepada pekerja tempatan / dalam negara untuk menceburi pekerjaan di bawah 
   TVET. 

6. Mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam negara dan fokus kepada penduduk di Malaysia.

7. Negara perlukan ramai pekerja yang berkemahiran tinggi dalam membangunkan ekonomi sesebuah 
    negara, peringkat negeri mahupun tempatan.



MASALAH DILEMA HALA TUJU SELEPAS TINGKATAN 3 / PT3.

1. Ibu Bapa kurang memberi galakan dan dorongan terhadap minat kerjaya anak-anak mereka.

2. Kurang pengetahuan terhadap perkembangan isu semasa khususnya pendidikan kerjaya, ekonomi 
    dan sosial setempat.

3. Masalah sosial dan politik turut mempengaruhi hala tuju seseorang.

APAKAH PERANAN IBUBAPA TERHADAP PENDIDIKAN KERJAYA ANAK-ANAK MEREKA? 

1. Ketahui minat kerjaya mereka. 
2. Bagi sokongan, galakan, dorongan, motivasi dan didikan yang secukupnya.
3. Jangan menghalang apa yang meraka mahu capai.
4. Sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah khususnya guru untuk memastikan 
    tidak ketinggalan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
5. Jangan terlalu memberi keselesaan dengan harta, kekayaan atau kemewahan yang dimiliki 
    sebaliknya  mendidik mereka untuk berusaha belajar sehingga berjaya.
6. Sedar bahawa setiap orang mempunyai keunikan, kemahuan, bakat dan potensi serta kemahiran 
    yang  berbeza, oleh itu hala tuju mestilah bergantung kepada personaliti seseoran.


HARAPAN... 

Kepada semua penduduk dari pelusuk negara, menjadi seorang yang berjaya bukanlah mudah dan susah asalkan ada perancangan dan pelaksanana yang utuh. Di peringkat nasional kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai polisi, dasar, pembangunan dan inisiatif bagi memastikan konsep dan pelaksanaan sistem pendidikan yang berkualiti.

Credit: Dewan Siswa Bil. 9 2018)

CREDIT: PORTAL PILIHAN GURU PELAJAR SEKOLAH (GPS BESTARI)

By: Walter Marius

Comments

Popular posts from this blog

NOTHING IS IMPOSIBLE TO DREAM HIGH

Counselor To Be "Menjadi seorang hebat bukanlah mudah namun hakikatnya tidak ada perkara yang mustahil dalam kehidupan" Ungkapan ayat di atas antara inspirai terbesar yang lahir dalam diri seseorang yang bernama Cr. Walter Marius sebagai kaunselor Sepenuh Masa di SMK Kemabong Tenom. Kejayaan memperolehi anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2024 merupakan antara kejayaan manis yang tidak terlupakan. Kejayaan ini membuatkan niat untuk menceritakan apakah yang telah dilakukan dan sumbangan kepada pihak sekolah, PPD, JPN mahupun KPM. Sebagai seorang kaunselor perkara utama kena ingat ialah " Bersedia membantu individu yang memerlukan bimbingan". Di sekolah anda kena buat sesuatu yang memberi manfaat kepada pelajar dan sekolah seperti program intervensi, program khusus dan program berkeperluan. Antara motivasi yang boleh saya kongsikan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling. 1. Meny...

JOM KENALI TVET DAN SISTEM PENGAJIAN KOLEJ VOKASIONAL

1. Adakah SVM setara dengan mana-mana kelayakan. Contohnya Sijil (Tahap 3 MQF)? MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut: Kepujian Bahasa Melayu 1104; PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan Kompeten semua modul vokasional. Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM. Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF). 2. Adakah kelayakan SVM hanya layak ke DVM sahaja? Tidak. Kelayakan SVM boleh digunakan ke mana-mana program Diploma (Tahap 4 MQF) tertakluk kepada kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut: Kepujian Bahasa Melayu 1104; PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan Kompeten semua modul vokasional. Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM d...

PELUANG MELANJUTKAN PENDIDIKAN KERJAY DI KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU

Jom kenali Kolej Vokasional Lahad Datu Apa yang anda perlu ketahui tentang  Kolej Vokasional Lahad Datu? Jom tengok video yang saya paparkan di bawah melalui youtube.                    Segelintir masyarakat masih kurang memahami tentang hala tuju pendidikan kerjaya Kolej vokasional, apatah lagi tentang visi dan misi Kolej Vokasional Lahad Datu. Disini beberapa perkongsian yang saya kongsikan pada anda untuk membantu memahami apakah sebenarnya kelebihan dan jaminan untuk anda belajar di Kolej Vokasional Lahad Datu.  Namun perkongsian ini, bukanlah jaminan untuk semua pelajar terus berjaya atau dapat pekerjaan, tetapi  bertujuan memberi bimbingan dan keyakinan serta panduan rujukan kepada semua pelajar agar mereka bermotivasi mencapai apa yang diimpikan. Berikut merupakan beberapa kelebihan dan perbezaan apabila anda memasuki Kolej Vokasional Lahad Datu. 1. Tiada yuran pengajian  Seperti yang di...